AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW



1. Baginda selalu diam.

2. Berbicara ketika perlu.

3. Pembicaraannya fasih, ringkas tetapi padat

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab allah swt).

6. Selalu menundukkan pandangan karena tawaddu’.

7. Berfikir terus-menerus.

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Marah bukan karena nafsu.


11. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

12. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

13. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

14. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

15. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.


16. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

17. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

18. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

19. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

20. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

21. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

22. Tidak pernah mencungkil rahasia orang lain.


23. Pembicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.


24. Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

25. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membedakan di kalangan mereka.

26. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

27. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

28. Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

29. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.



30. Paling berlapang dada.

31. Paling tepat dalam berbicara.

42. Paling halus keperibadiannya.